Selektif Pilih Pelaburan Asing Demi Manfaat Malaysia kata PM Anwar

KUALA LUMPUR,  – Malaysia kini lebih selektif dalam memilih pelaburan langsung asing dengan menfokuskan kepada projek-projek yang memberi manfaat besar kepada negara, terutamanya dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan teknologi data, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pembukaan pusat data yang dahulunya bergantung kepada tenaga dan air yang murah untuk menggerakkan serta menyejukkan sistem-sistem operasi, kini menunjukkan kedua-dua elemen itu tidak mencukupi tanpa keupayaan teknologi yang dipertingkatkan.

“Sekarang, jika mahu (tubuhkan) pusat data, anda mesti ada AI,” katanya sambil merujuk kepada projek seperti Nvidia di Johor yang menjadi contoh bagaimana teknologi sangat penting untuk kekal relevan di peringkat global dalam usaha menarik pelabur.

Beliau berkata demikian di program Forum Ilmuan Malaysia Madani di ibu negara, malam tadi.

Anwar berkata dalam menjuarai teknologi yang pesat berubah, institusi pengajian tinggi di negara ini juga harus diperkasakan untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran dalam bidang AI dan kejuruteraan, bagi memenuhi keperluan pelabur.

“Jadi, kita sekarang ini lebih selektif memilih pelaburan yang boleh memberi manfaat lebih besar kepada negara,” jelas Perdana Menteri.

Untuk rekod pada mac lalu, YTL Power International mengumumkan pembentukan YTL AI Cloud, penyedia khusus bagi pengkomputeran dipercepatkan berasaskan GPU berskala besar, dan akan menggunakan serta mengurus salah satu superkomputer paling canggih di dunia yang dikuasakan oleh NVIDIA Grace Blackwell melalui DGX Cloud – sebuah superkomputer AI untuk mempercepatkan pembangunan AI generatif.

Pusat data AI YTL terletak di kampus YTL Green Data Center dengan keluasan 1640 ekar di Johor itu juga akan  menggunakan sumber solar 500MW bagi memastikan kelestarian dan YTL AI  adalah antara syarikat pertama yang mengguna pakai NVIDIA GB200 NVL72, iaitu sistem berskala rak berbilang nod dengan penyejukan cecair serta NVLink generasi kelima

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jensen Huang, superkomputer YTL ini akan menawarkan kemampuan perkomputeran DGX Cloud yang berkuasa untuk rantau Asia Pasifik

BBerkaitan

Latest articles