More

    Selangor Tak Cadang Naikkan Tarif Air

    Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari memberitahu kerajaan negeri tidak bercadang untuk menaikkan tarif air dalam tempoh terdekat.

    Beliau bagaimanapun tidak menolak keperluan untuk membincangkan isu tarif air demi meningkatkan pengurusan air di Selangor.

    “Kita memang tiada hasrat untuk naikkan tarif air ketika penularan wabak berkenaan. Namun, kelestarian pengurusan air harus dibincangkan dan ia melibatkan semua negeri, bukan Selangor saja.

    “… kerana apabila perkhidmatan (industri air) tidak dapat disalurkan dengan baik, akhirnya ia akan membebankan pengguna. Jadi kena rasional, bukan mahu ‘gain political mileage’. Saya bukan nak naikkan tarif air, tapi kita ada perancangan bila masanya,” katanya selepas melancarkan program Inisiatif Roda Darul Ehsan (Ride) di Shah Alam.

    Terdahulu, kerajaan persekutuan menerusi sidang Dewan Rakyat semalam memaklumkan tidak akan menaikkan tarif air di kala rakyat sedang terkesan dari segi ekonomi susulan wabak Covid-19.

    Latest articles

    Related articles

    spot_img