KUALA LUMPUR: Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa Selangor kekal dengan pendirian tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Malah perkara itu turut mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika beliau hadir mengadap baginda di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, hari ini.
Pada semalam, Yang di-Pertuan Agong menasihatkan supaya ketua-ketua kerajaan negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15.
“Perbincangan saya bersama Sultan Sharafuddin adalah pertemuan lazim melibatkan pelbagai perkara yang perlu diselesaikan sebelum pembubaran DUN. Ia antaranya berkaitan soal pembangunan, banjir, bajet dan Rancangan Selangor Pertama.
“Maka dengan itu, PH Selangor kekal dengan keputusan tidak membubarkan DUN pada tahun ini,” katanya dipetik sebagai berkata.
Sebelum ini Pakatan Harapan (PH) menegaskan tidak akan membubarkan DUN di tiga buah negeri yang ditadbir, iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.