Selangor Catat 12 Kes Baru Covid-19 Semalam

Pasukan Petugas Pencegahan COVID-19 Selangor (STFC) memaklumkan terdapat 12 kes baru Covid-19 dicatatkan di Selangor sehingga jam 12 tengah hari semalam.

Hulu Selangor yang mencatatkan sebagai zon hijau pada Selasa lalu kembali ke zon kuning apabila dilaporkan satu kes baru di mukim Kelring.

Manakala mukim Tanjong Karang (Kuala Selangor) dan Kapar (Klang) yang juga kembali menjadi zon kuning selepas mencatatkan kes baru.

Maklumat yang dikongsikan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor di Facebook juga memaklumkan pertambahan 12 kes baru itu melibatkan 10 kes tempatan dan dua kes luar negara.

“Kes baharu tempatan terdiri daripada dua kes di mukim Tanjong Karang, empat kes di mukim Labu (Sepang), dua kes di Kapar dan masing-masing satu kes di mukim Kerling dan Tanjong 12 (2).

“Terdapat pertambahan empat kes discaj dan tiada pertambahan kes kematian direkodkan hari ini (semalam),” katanya.

Sementara itu, lapan daerah lain masih kekal di zon kuning iaitu Sepang (13), Gombak (9), Kuala Selangor (9), Hulu Langat (8), Kuala Langat (8), Klang (4), Petaling (2) dan Sabak Bernam (2).

Hingga kini, Selangor merekodkan sejumlah 2021 kes terkumpul, 1,820 kes sembuh, 56 kes aktif dan kematian kekal pada 24 orang.

BBerkaitan

Latest articles