“Selamat Maju Jaya” – PH Tolak Pelawaan Kerjasama Dengan Tun M

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) nekad masuk ke gelanggang PRU15 sendirian bersama rakan-rakan gabungannya, tanpa memerlukan sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad buat kali kedua.

Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Nasution memaklumkan PH enggan lagi mengadakan kerjasama dengan bekas Perdana Menteri berkenaan.

“Kita berkongsi tujuan yang sama untuk kalahkan BN dan PN. Tapi Pakatan Harapan akan hadapi PRU15 kali ini sebagai gabungan tanpa Mahathir.

“Kami doa Mahathir diberi kesihatan yang baik dan jika Mahathir pilih masuk bertanding kami ucap selamat maju jaya,” katanya di Twitter.

Baru-baru ini Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, Barisan Nasional (BN) boleh dikalahkan sekiranya parti pembangkang mengetepikan sikap sombong, ego, perasaan peribadi, dan bersatu.

Kononnya keadaan yang sama boleh berlaku sekali lagi hasil kerjasama dengan seterunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menewaskan BN seperti yang berlaku pada PRU14.

“Saya sanggup bertemu Anwar hingga ke mahkamah sebelum PRU14 untuk mendapatkan sokongan daripadanya.

“Bagi saya, perasaan peribadi, bersikap sombong, ego, kepentingan diri tiada tempat dengan sesuatu perjuangan, terutamanya apabila terkait agama, bangsa dan tanah air,” katanya di Twitter.

BBerkaitan

Latest articles