“Selama Ini Hanya Lihat Ahli Keluarga Sahaja Pergi Mengundi”

KUALA LUMPUR: Salah seorang pengundi muda bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini meluahkan rasa terujanya dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemilih buat pertama kali.

Aminah Abdul Rahman, 22, berkata, sebelum ini dia hanya melihat ahli keluarganya sahaja keluar mengundi setiap kali berlakunya pilihan raya.

“Saya rasa puas dan teruja sangat sebab dapat terlibat dengan proses pembungan undi.

“Jika sebelum ini saya hanya melihat keluarga sahaja keluar mengundi, tetapi hari ini saya berpeluang untuk turut membuat keputusan.

“Setakat yang saya perhatikan di sini, semua proses pengundian berjalan dengan lancar, dan setiap pengundi patuh dengan prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Perkara yang sama turut disuarakan seorang lagi pengundi muda, Mohd Amirul Mohd Sanip, 24, yang turut berpuas hati dengan proses pengundian yang diselia Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam masa yang sama beliau mengajak pengundi muda untuk keluar mengundi mengikut masa yang ditetapkan.

“Saya mengajak para pengundi, terutama anak-anak muda untuk keluar mengundi kerana pilihan di tangan anda,” ujarnya.

PRN Johor yang berlangsung hari ini merupakan peluang pertama kali buat golongan muda 18 tahun ke atas untuk turut sama melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih.

BBerkaitan

Latest articles