Selain Ibu Bapa, Polis Sudah Rekod Keterangan Pihak Hospital Kes Bayi ‘Dibekukan’

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan pihaknya telah merakam percakapan seramai empat individu berkaitan kematian bayi lelaki yang ‘disimpan’ selama dua minggu dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang, Selangor baru-baru ini.

Kesemua individu berkenaan adalah ibu bapa mangsa dan dua doktor yang bekerja di hospital itu.

“Ya, kita akan panggil beberapa lagi individu dalam masa terdekat bagi membantu siasatan kes ini,” kata Hussien.

Semalam, media melaporkan polis akan memanggil beberapa individu termasuk pihak hospital berhubung isu terbabit selepas ibu bapa bayi itu gagal menjelaskan bayaran bil hospital.

Pada masa sama Hussein berkata, pihaknya telah menerima satu laporan daripada bapa mangsa dan laporan itu diklasifikasikan sebagai Kertas Enkuiri Polis (KEP).

Dalam pada itu, Hussein juga memaklumkan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan sedang menjalankan siasatan secara mendalam bagi menentukan sekiranya terdapat sebarang unsur jenayah dalam kes tersebut serta menanganinya sebaik mungkin.

Terdahulu, bapa kepada bayi lelaki dinamakan ‘Adham’ meluahkan rasa kecewa dan sedih dengan tindakan pihak hospital yang menahan bayi lelakinya.

BBerkaitan

Latest articles