Selain DAP, PAS Kena Ingat Tun M Juga Tak Setuju Dengan Hudud

KUALA LUMPUR: PAS diingatkan tidak hanya menuding jari kepada DAP yang menolak pelaksanaan hukum hukum.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke menegaskan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga enggan menyokong undang-undang Islam yang diperjuangkan PAS selama ini.

“Pendirian tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud tidak bermakna melawan agama Islam! Tun Dr. Mahathir tidak pernah setuju dengan pelaksanaan hudud. Begitu juga parti-parti yang disebut oleh Tan Sri Hadi seperti MCA, MIC dan Gerakan.

“Mengapa hanya DAP sentiasa dilabelkan oleh Pas sebagai musuh Islam? Bukankah ini semata-mata satu pembohongan Pas untuk menjadikan DAP sebagai punching bag dalam percaturan politik mereka,” katanya.

Kenyataan Anthony itu menyusul selepas PAS, menerusi Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa DAP meminta parti itu membuang Islam dalam perjuangan parti Islam itu.

Dakwaam Abdul Hadi itu disampaikan melalui ucapannya dalam Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) DUN Simpang Jeram, malam tadi.

Menurut Abdul Hadi, permintaan DAP itu kerana parti itu tidak boleh menerima pentadbiran Islam di negara ini.

DAP dalam pada itu menegaskan ua menafikan sekeras-kerasnya dakwaan parti itu meminta PAS membuang Islam sepanjang kerjasama politik sama ada semasa dalam Barisan Alternatif (BA) mahupun Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

Sedangkan, pendirian DAP konsisten dengan isu-isu dipersetujui bersama tetapi mengambil pendekatan “bersetuju untuk tidak bersetuju” dalam perkara tidak mencapai konsensus.

“Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di satu ceramah di Johor semalam sekali lagi memfitnah kononnya pimpinan DAP meminta PAS membuang Islam dalam perjuangannya untuk meneruskan kerjasama antara PAS dan DAP.

“Isu pokok yang tidak dapat dipersetujui DAP ialah pelaksanaan hukum hudud. DAP konsisten perkara ini kerana ia tidak berlandaskan sistem undang-undang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles