Influencer dan juga penyanyi, Caprice berpendapat bahawa selagi fahaman ektremis tidak dilawan, maka selagi itulah Islamofobia akan terus wujud dan mengganggu gugat Islam seluruhnya.
Ini kerana, menurut beliau jika tidak dihalang kebangkitan puak-puak ektremis, maka orang yang tidak faham Islam ini akan terus-terusan bangkit seperti tindakan membakar kita suci al Quran oleh ahli politik Sweden baru-baru ini yang telah membangkitkan kemarahan umat Islam.
Selain itu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata, semakin banyak timbulnya fahaman ini juga adalah disebabkan kita berada di akhir zaman.
Caprice merupakan salah seorang yang turut hadir ke demonstrasi solidariti ‘Bantahan Penghinaan Agama Islam Oleh Ahli Politik Sweden’ yang berlangsung di perkarangan Kedutaan Sweden.
Beliau juga turut serta ketika sesi serahan memorandum kepada Kedutaan Sweden bersama beberapa pemimpin NGO dan pemimpin politik bagi menyatakan bantahan tegas terhadap tindakan ahli politik Sweden, Rasmus Paludan yang telah mencetuskan sentimen anti Islam dengan membakar al-Quran.