Sekurang-kurangnya Lima Lagi MP Bersatu Akan Sokong Anwar Selepas Ini

KUALA LUMPUR: Laporan akhbar berbahasa Cina melaporkan akan ada lagi wakil rakyat daripada Perikatan Nasional (PN), khususnya Bersatu yang akan mengumumkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sin Chew Daily melaporkan seramai empat hingga lima Ahli Parlimen Bersatu akan menurut jejak lima Ahli Parlimen mereka sebelum ini.

Kumpulan ahli parlimen itu didakwa daripada Kedah, Perak dan Terengganu.

Keadaan itu juga bermakna sejumlah sembilan hingga 10 orang wakil rakyat Bersatu akhirnya mungkin menyuarakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

Sumber Sin Chew Daily mendakwa “satu pengaruh” telah memujuk wakil rakyat pembangkang untuk menyokong Anwar, selain tindakan itu diambil kerana tidak mahu disabitkan dengan sebarang pertuduhan mahkamah.

“Pengaruh ini telah berjaya dan lebih ramai wakil rakyat Bersatu akan bertukar hala selepas ini,” kata sumber.

Untuk rekod seramai lima Ahli Parlimen Bersatu telah menyatakan sokongan kepada Anwar adalah Zahari Kechik (Jeli), Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan terbaru Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

BBerkaitan

Latest articles