Sektor Korporat Didorong Sokong Kiosk Sentuhan Madani, Perluas Akses Digital untuk Rakyat – Fahmi

KUALA LUMPUR — Kerajaan menggalakkan sektor korporat untuk menyokong inisiatif Kiosk Sentuhan Madani dengan menyediakan perkhidmatan serupa di lokasi masing-masing, terutama di kawasan tumpuan seperti pusat beli-belah dan ruang awam.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata kos pemasangan kiosk ini tidak terlalu tinggi, dan dengan kerjasama pelbagai pihak, lebih banyak lokasi dapat dilengkapi dengan kemudahan ini.

“Inisiatif ini selaras dengan prinsip Malaysia Madani, yang menekankan kemudahan akses kepada perkhidmatan kerajaan bagi kesejahteraan rakyat,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Kiosk Sentuhan Madani di pusat beli belah Alamanda, Putrajaya oleh Perdana Menteri petang ini

Menurut Fahmi lagi,  bahawa Kiosk Sentuhan Madani telah mula diperkenalkan dengan enam kiosk automatik, yang menawarkan perkhidmatan digital seperti TNB, Pos Malaysia, KWSP, dan MyDigital ID.

Set pertama telah dipasang, manakala set kedua akan ditempatkan di KL Sentral, dengan lebih banyak kiosk dijangka beroperasi secara berperingkat.

Kerajaan berharap pelaksanaan Kiosk Sentuhan Madani akan memberikan akses lebih mudah dan pantas kepada perkhidmatan digital, sekaligus meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam di seluruh negara katanya.

BBerkaitan

Latest articles