Empat Calon Rebut Kerusi Parlimen Shah Alam

SHAH ALAM: Proses penamaan calon bagi Parlimen Shah Alam (P108) berlangsung di Dewan Besar Tanjung Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 19, Shah Alam.

Barisan Nasional (BN) diwakili Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Hizatul Isham Abdul Jalil; Perikatan Nasional (PN), Dr Afif Bahardin; Gerakan Tanah Air (GTA), Muhammad Rafique Rashid Ali dan Pakatan Harapan (PH) Azli Yusof.

Empat nama itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi yang mewakili kerusi Parlimen Shah Alam, Asmah Mohd Zain kira-kira jam 10.30 pagi ini.

Menurut beliau, bagi proses penamaan calon, Azli telah menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.04 pagi, diikuti Isham jam 9.07 pagi, Dr. Afif jam 9.11 pagi dan Muhammad Rafique jam 9.16 pagi.

“Saya telah menyemak kertas-kertas penamaan tersebut dan setelah selesai disemak, saya berpuas hati tiada calon yang ditolak kertas penamaannya.

“Dengan ini saya mengumumkan bahawa calon-calon yang disahkan bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam ialah Azli Yusof, Muhammad Rafique, Isham Jalil dan Dr. Afif,” katanya ketika mengumumkan nama calon di Pusat Penamaan Calon di Dewan Teratai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 19, di sini, hari ini.

Menurut Asmah, pusat mengundi akan dimaklumkan melalui Borang 8 iaitu Notis Pilihan Raya yang dipertandingkan, yang diwarta dan dipamerkan di pusat mengundi ditetapkan.

BBerkaitan

Latest articles