Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) Berjaya Menurunkan Kadar Kebolehjangkitan – Adham Baba

Pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (SPP) ataupun PKP 3,0 di seluruh negara bermula 1 Jun lalu berjaya menurunkan kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 di negara ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, dan katanya  penurunan ini menunjukkan kesan yang baik dan meminta agar semua pihak memberi kerjasama dalam usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19 di negara ini.

“SPP 3.0 seluruh negara ini amat perlu untuk terus membendung penularan Covid-19,” katanya dalam sidang media mingguan perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bersama Menteri Penyelaras, Khairy Jamaluddin di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Adham berkata, SPP mula mendatangkan hasil apabila dua indikator penting menunjukkan penurunan iaitu kadar kebolehjangkitan Covid-19 dan kes harian.

“Kadar Rt kita menurun sejak beberapa minggu lalu di bawah angka 1.0, iaitu hari ini dengan 0.96.

“Jumlah kes harian juga menurun dan ini ada kaitan dengan SPP seluruh negara bermula 1 Jun lalu hingga 14 Jun ini.

“Bagaimanapun, selepas lapan hari pelaksanaan SPP, kes Covid-19 masih tinggi dengan pelaporan lebih 5,000 kes sehari dengan purata kes dalam tempoh tujuh hari pada 8 Jun lalu ialah 6,871 kes,” katanya.

 

Tambahnya lagi jumlah itu melebihi nilai ambang yang disasarkan iaitu purata 4,000 kes ke bawah dalam tempoh tujuh hari.

“Berdasarkan penilaian penularan jangkitan Covid-19 dengan kapasiti negeri yang bertindak balas dalam tempoh 23 Mei hingga 5 Jun, semua negeri masih merekodkan penularan jangkitan tinggi.

“Semua negeri kecuali Pahang, Perak dan Putrajaya mempunyai kapasiti untuk bertindak balas yang terhad.

“Kapasiti tindak balas ini dinilai daripada peratusan anggota kesihatan yang terjangkit, kadar penggunaan katil di hospital, pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC) dan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital kita,” katanya.

Menurutnya, penurunan kes harian menunjukkan kaedah dan SPP seluruh negara mendatangkan hasil.

“Kita masih memohon supaya masyarakat semua mengikuti asas dan pendekatan kesihatan awam dengan mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan mengelak tempat sempit dan sesak,” katanya.

Di dalam perkembangan yang sama, Sebuah portal media turut memohon maaf di atas kekhilafan mereka di dalam menyampaikan berita mengenai tempoh SPP ini.

Penafian dan permohonan maaf di atas pelaporan yang tidak tepat oleh Portal free Malaysia today

Portal Free Malaysia today yang sebelum ini melaporkan PKP bakal disambung 14 hari lagi itu merupakan satu kekhilafan dan portal berkanaan telahpun memohon maaf di atas kekeliruan yang timbul ekoran laporan mereka itu.

BBerkaitan

Latest articles