Sekatan Jalan Raya Bagi Rentas Negeri Terus Diperketat

Jumlah pengguna jalan raya yang cuba melakukan pergerakan rentas negeri semakin berkurangan, demikian menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, SAC Datuk Azisman Alias.

Beliau menjelaskan pergerakan di lebuh raya semalam hanya melibatkan pergerakan di dalam daerah dan negeri.

Ramai Rakyat Selangor Cuba Rentas Negeri Sempena Raya

“Kebanyakan kenderaan bergerak di dalam negeri dan daerah yang sama sahaja iaitu di bawah kawalan. Walaupun tiada percubaan rentas negeri, tetapi sekatan jalan raya diperketatkan juga,” katanya.

Memetik laporan Bernama, tinjauan di beberapa plaza tol utama seperti Plaza Tol Sungai Besi, Plaza Tol Jalan Duta dan Plaza Tol Gombak juga terkawal dan lancar.

Demi memastikan tiada perlanggaran perintah rentas negeri, pihak polis melakukan sekatan jalan raya di laluan masuk ke Kuala Lumpur dan arah utara dan pantai timur.

BBerkaitan

Latest articles