Segerakan Infrastruktur Sokong Program Padi Lima Musim

AYER HITAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa pelaksanaan infrastruktur bagi menyokong program tanaman padi lima musim dalam dua tahun di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Fasa 1 dipercepatkan.

Beliau menekankan bahawa kerajaan Kedah dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) perlu bekerjasama bagi memastikan inisiatif ini berjaya dalam usaha meningkatkan hasil padi negara.

Menurut Anwar, antara langkah utama yang perlu diberi perhatian ialah mempercepatkan proses pengambilan tanah bagi menaik taraf sistem pengairan di kawasan terlibat.

“Kerajaan negeri perlu mempercepatkan pengambilan tanah… semua ini mengambil masa. Kita tidak boleh bertolak ansur lagi, nanti semua orang ‘lemas’ (petani tidak puas hati),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Projek Pembangunan Infrastruktur Bagi Menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun di Kawasan Muda Fasa 1 di Pida 4, Ayer Hitam, hari ini. – BERNAMA

BBerkaitan

Latest articles