“Sedang Berfikir” – Anwar Ulas Khabar Angin Rombak Kabinet

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan memberi kata putus sama ada ura-ura bakal berlaku rombakan kabinet kerajaan pentadbirannya dalam tempoh terdekat ini.

“Saya sedang berfikir (rombakan Kabinet),” katanya ringkas dan enggan mengulas lanjut kepada media selepas Sidang Kemuncak Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Huawei di MITEC, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan rombakan kabinet Kerajaan Perpaduan kini semakin bertiup kencang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melakukannya selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Pahang pada 7 Oktober depan.

Perkara itu didedahkan oleh seorang pemimpin kanan DAP yang enggan dinamakan dengan beliau menjangkakan Anwar akan meneliti prestasi calon gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada PRK itu terlebih dahulu sebelum membuat rombakan kecil kabinet.

Jelas beliau, di sebalik keperluan Perdana Menteri ke-10 (PMX) untuk meneliti prestasi BN-PH di PRK berkenaan, sebarang usaha rombakan Kabinet sememangnya sudah tidak dapat dielakkan susulan tempoh pentadbiran Kerajaan Perpaduan sudah hampir mencecah setahun.

Antara nama yang dikaitkan terlibat dalam rombakan Kabinet adalah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari dan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar.

BBerkaitan

Latest articles