saya yang suruh buat laporan polis – Datuk remaja curi tabung masjid

Isu viral di media sosial cerita seorang remaja ditangkap oleh pihak masjid kerana didakwa mencuri duit dalam tabung masjid di mana akhirnya pencuri berkenaan dimandikan umpama memandikan jenazah mencetuskan kritikan netizen di media sosial.

Akhirnya Datuk remaja berkenaan yang tular akibat mencuri duit tabung masjid memberi keterangan dan mendedahkan sikap sebenar cucunya itu

Memetik ciapan portal Malaysia Gazette datuk kepada Remaja berkenaan telah memberi keterangan dan menyatakan bahawa dia sebenarnya yang meminta ahli jawatan kuasa (AJK) Masjid Al Islahiah membuat laporan ke atas cucunya agar Daniel menjadi orang yang berguna.

Jangan salahkan AJK Masjid

Datuk kepada Remaja berkenaan, Rosli Sidek menyatakan, beliau tidak mahu orang lain menerima nasib yang sama seperti keluarganya akibat dari sikap negatif Daniel Iskandar.

Rosli Sidek juga meminta supaya netizen tidak menyalahkan AJK masjid atas perbuatan yang mereka lakukan terhadap Daniel.

Daniel Iskandar merupakan remaja yang bermasalah dan saya tidak sanggup menjaganya kerana tindakan yang tidak boleh dikawal lagi dan agresif.

Kemungkin besar dan dikhuatiri dia ada ambil benda terlarang dan baru terjebak jadi penagih kerana sering melakukan tindakan luar dugaan.

Contohnya dia pernah mencuri wang dan motosikal saya, wang simpanan umrah arwah neneknya, telefon bimbit saudaranya, pernah hendak ugut mencederakan arwah neneknya dan sering pulang lewat malam.

Tidak ambil hati video cucu menjadi viral

Rosli menjelaskan bahawa pihak masjid mahu berbincang dengannya terlebih dahulu berkaitan dengan isu Daniel, namun beliau tetap mahu cucunya disiasat polis. Rosli juga memberitahu bahawa beliau tidak mengambil hati apabila video cucunya tular di media sosial.

“Saya tidak ambil hati pun malah bersyukur dia diberi pendidikan kerana mencuri.

”Nasib baik hanya dijirus air biasa, kalau air panas macam mana?

Datuk Daniel juga ada beberapa permintaan yang diharapkan dapat ditunaikan. Antaranya, jika Daniel dapat dibebaskan, beliau mahu cucunya, Daniel dimasukkan ke rumah perlindungan atau pusat kemahiran.

Beliau juga berharap agar polis dapat memberi jaminan agar dia tidak diganggu oleh menantunya, iaitu bapa kepada Daniel Iskandar.

Rosli juga menjelaskan bahawa beliau tidak pernah meminta Daniel beli ubat sehingga perlu mencuri.

Bahkan menurutnya, beliau ada menerima bantuan Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM400 sebulan.

Pihak AJK masjid selalu bertanya khabar dan memberi barang keperluan asas seperti beras setiap bulan katanya.

Sebelum ini media melaporkan peguam kepada pemuda tersebut, Azman Abdullah telah tampil memohon hukuman berbentuk pengajaran kepadanya dengan alasan kesalahan berkenaan adalah kali pertama dilakukan dan anak guamnya yang juga sudah insaf.

Tertuduh juga memohon maaf kepada pihak masjid serta mahkamah atas tindakan yang dilakukan. Tambahnya, dia berbuat demikian kerana mahu membeli ubat buat datuknya yang berusia 70 dan menghidap penyakit kencing manis. Dia turut menjelaskan sudah meminta bantuan dari beberapa orang namun, mereka juga tidak dapat membantu.

Latest articles

Related articles

spot_img