Saya Tak Nak Burukkan Orang, Tapi Jangan Guna Nama Saya, Calon BN Sahaja Boleh

KUALA LUMPUR: Calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Haslihelmy DM Zulhasli diingatkan tidak menggunakan nama Tan Sri Adnan Yaakob meminta calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) dalam usaha meraih undi semasa berkempen.

Peringatan itu disampaikan sendiri oleh Adnan yang juga bekas Menteri Besar Pahang.

Bagaimanapun Adnan atau lebih dikenali Long Nan berharap tidak ada masalah sekiranya calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam menggunakan namanya untuk berkempen.

“Yang saya tahu datuk dia dan ayah saya sama-sama di Janda Baik dulu. Dengan ayah dia pun saya tak beberapa rapat apatah lagi dengan dia (Haslihelmy).

“Tapi kenal datuk dia, yang mana datuk dia sahabat arwah ayah saya sekampung, tak lebih tak kurang,” katanya.

Bekas ADUN Pelangai itu berkata demikian ketika menyantuni masyarakat Felda Chemomoi di sini hari ini.

“Saya tak nak burukkan orang tapi nama saya dijual orang. Malas nak cakap lebih-lebih, kalau cakap nanti terasa harap jangan jual nama saya. Kecuali boleh jual nama saya untuk calon BN, Datuk Amizar Abu Adam.

“Kalau nama saya masih lakulah,” selorohnya.

BBerkaitan

Latest articles