KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Zaliha Mustafa hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau menyembunyikan dokumen adendum.
“Saya sendiri seperti juga menteri-menteri lain, tidak melihat kepada apa yang disebut sebagai dokumen addendum itu dan saya tidak pun menyembunyikan apa-apa.
“Saya tidak mahu menjawab soalan ini, saya pun bukan jurucakap kepada kerajaan.
“Saya juga bukan jurucakap kepada Lembaga Pengampunan,” katanya ketika ditemui media selepas sesi temu rapat bersama warga emas Wilayah Persekutuan di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini.
Reaksi Zaliha merujuk kepada gesaan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin supaya Zaliha memberikan penjelasan mengenai dakwaan titah adendum disembunyikan pihak tertentu.
Gesaan yang sama dibuat Khairy terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Menurut Khairy, ketelusan dalam hal itu adalah sangat penting dan beliau kedua-dua menteri tersebut untuk tampil memberikan penjelasan kepada umum.