JOHOR BAHRU: “Saya tak follow lagi,” demikian ulasan ringkas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkembangan terbaharu membabitkan bekas pimpinan kanan parti itu, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang kini mengambil alih sebuah parti politik baharu.
Petang tadi, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan langkah mereka mengambil alih Parti Bersama Malaysia atau Malaysian United Party (MUP), sekaligus menjadi hala tuju terbaru mereka dalam politik tanah air.
Untuk rekod, MUP merupakan parti yang ditubuhkan di Pulau Pinang pada 2 Disember 2016.
Rafizi dan Nik Nazmi turut mengumumkan keluar PKR pada hari ini, malah melepaskan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa berkuatkuasa esok.










