Saya Minta Bubar, Bukan Haramkan UMNO – Tun M

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa mana-mana pihak yang menuduhnya mahu mengharamkan UMNO tampil dengan bukti kononnya beliau berbuat demikian selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Dr Mahathir juga menafikan beliau bertindak sedemikian, sebaliknya hanya meminta Presiden UMnmNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membubarkan parti ketika kedua-duanya bertemu selepas PRU14.

“Saya tak tau sama ada saya kata haram atau tidak. Tapi (saya) ingat suruh (Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad) Zahid (Hamidi) membubarkan UMNO.

“Kita tidak pernah ambil tindakan untuk mengharamkan UMNO. Kalau ada orang kata saya kata macam itu, saya nak tanya buktilah bila saya kata?” ujar Mahathir memetik sebahagian temubual eksklusif bersama MalaysiaGazette yang akan disiarkan penuh 9.30 malam ini.

Ujar bekas Ahli Parlimen Langkawi itu lagi, pembubaran UMNO dilihat relevan ketika itu memandangkan parti berkenaan didakwa tidak lagi berpegang kepada dasar dan perjuangan asal.

“UMNO sudah jadi parti cash is king, parti duit. Jadi saya kata ini bukan parti UMNO patut dibubar jangan guna nama UMNO tapi buat benda yang bertentangan dengan perjuangan parti.

“Saya lihat ramai ahli UMNO lompat masuk Bersatu. Yang tinggal sedikit sahaja. Saya beritahu kepada Zahid ketika berjumpa saya, saya kata bubarkan parti UMNO dan berada dalam Bersatu.

“Ini bukan parti yang berjuang melawan Malayan Union dan kemerdekaan. Ini bukan pun parti di bawah perdana menteri pertama, kedua, ketiga dan keempat. Masuk kelima lari daripada perjuangan UMNO, sebab itu UMNO perlu dibubar,” kata Mahathir.

Reaksi Dr Mahathir itu merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau dan Presidan Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin merancang mahu mengharamkan UMNO.

Menurut Anwar, beliau dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain tidak bersetuju untuk UMNO diharamkan.

BBerkaitan

Latest articles