‘Saya Mati Akal’ – Rais Dedah Bagaimana Tun M Mampu Ubah Fikiran Dalam Tempoh 24 Jam

Bekas menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan, Tan Sri Rais Yatim mendedahkan satu pertemuan antara dirinya bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan hartawan Syed Mokhtar Al-Bukhary di Yayasan Al-Bukhary pada 28 Februari lalu.

Rais menyebut bagaimana bekas perdana menteri itu amat mudah mengubah keputusan meskipun persetujuan telah dicapai untuk mengangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri yang baru, susulan pergolakan politik negara ketika itu.

Beliau berkata dalam tempoh 24 jam, Dr Mahathir boleh bertukar fikiran meskipun menyedari bahawa dirinya hanya memperolehi 66 perakuan bersumpah (SD) daripada ahli-ahli Parlimen yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Kalau dengan keadaan itu, katanya, biarlah Tan Sri Muhyiddin (Yassin) terus jadi perdana menteri.

“Selesai…saya keluar bilik itu dan kemudian menyampaikannya kepada Muhyiddin melalui emissary (wakil) yang terdekat. Malang, keesokannya juga Dr Mahathir dilaporkan hendak semula jawatan perdana menteri.

“Saya hilang cara logik untuk berinteraksi, malah saya semacam mati akal. Itulah bukti bahawa Dr Mahathir boleh tukar pendirian atas sesuatu hal yang begitu penting,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Rais tidak menolak kemungkinan bahawa bekas pengerusi Bersatu itu mungkin dipengaruhi oleh pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang lain sehingga datang dengan keputusan yang lain pada 29 Februari.

Malah beliau berpendapat dalam tempoh ini Dr Mahathir sepatutnya membantu Muhyiddin dalam pentadbiran kerajaan pusat, jika dirinya benar-benar mementingkan agama dan bangsa.

Dalam temubual yang sama bersama akhbar berkenaan, Rais juga mempersoalkan bagaimana Dr Mahathir mampu meyakinkan pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim dengan membawa isu politik wang.

Ujarnya Dr Mahathir sendiri gagal menangani isu politik wang selama menjadi perdana menteri 22 tahun dahulu, termasuk selama 22 bulan di bawah kerajaan PH.

“Di majlis kempen PRK Slim beberapa hari lalu beliau hanya menyatakan bahawa partinya bermisikan anti politik wang dan mahu orang Melayu khasnya menyokong partinya itu. […] Apakah hanya dasar anti politik wang sahaja untuk memasuki pilihan raya umum ke-15?

“Wang dan politik macam air dengan lumpur. Kena disuling atau diproses dahulu, baru jernih.

“Muhyiddin dengan rakan-rakannya kini pun sedang melakukan proses ini,” katanya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,802FollowersFollow
20,900SubscribersSubscribe

Terkini