Saya Hendak Semua Bantuan Hari Ini Juga Sampai Tegas PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan serta-merta semua kementerian yang berkaitan melipatgandakan usaha dalam membantu operasi banjir di kawasan yang terjejas teruk.

Menurutnya, beliau agak risau dengan keadaan mangsa-mangsa banjir yang terkesan dengan musibah ini.

“Sejak malam tadi dan sehinggalah pagi ini saya tidak henti-henti meninjau operasi menyelamat di sekitar Selangor dan menziarahi mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Selepas meninjau mangsa banjir di Kampung Lanchung, Putra Heights lewat malam tadi, saya sangat risau dengan keadaan mangsa-mangsa banjir yang terkesan dengan musibah ini.

“Serta-merta, saya telah arahkan semua kementerian berkaitan melipatgandakan lagi usaha dalam membantu operasi banjir khususnya di kawasan yang terjejas teruk.” katanya.

Beliau yang meninjau di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) PPS SK Johan Setia, PPS SK Telok Gong dan Masjid Al Islah Kampung Nelayan Telok Gong, Klang itu berkata kerajaan akan memastikan keadaan mangsa selamat dan segala keperluan asas mencukupi sepanjang ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

“ Saya berdoa semoga Keluarga Malaysia yang terkesan sentiasa tabah menghadapi musibah ini dan kerajaan akan terus bersama rakyat” katanya

BBerkaitan

Latest articles