SUNGAI BULOH : Hasrat Khairy Jamaluddin yang secara jelas menyuarakan untuk menjadi calon ‘the next prime minister’ adalah visi dan harapan anak muda serta rakyat Malaysia sebagai pembaharuan dalam membarisi pelapis kepimpinan negara.
Katanya, ia tidak akan menjadi tanda tanya bagi pihak lain siapa yang akan memimpin negara kerana secara jelas Barisan Nasional (BN) dilihat mempunyai hala tuju yang jelas dengan memberi peluang kepada golongan muda memimpin parti, seterusnya mentadbir negara.
“Kita berhadapan dengan pengundi yang sangat-sangat muda. Sungai Buloh antara parlimen paling banyak penambahaan pengundi muda dan mereka ingin satu visi untuk masa hadapan. Dan mereka nak tengokUMNO BN mempunyai pelapis atau tidak.
“Saya tegaskan, Ismail Sabri adalah calon Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan saya harap dapat memainkan peranan yang penting dalam jemaah menteri apabila belau dipilih dan dilantik sebagai Perdana Menteri.
“Selepas Ismail Sabri, saya menyatakan aspirasi saya untuk menawarkan diri saya sebagai pemimpin dalam UMNO dan memimpin negara. Kita kena bagi harapan dan visi kepada orang muda dan rakyat keselurunan, kesinambungan dalam kepimpinan , Im ready for this,” katanya.
Semalam, Khairy menyatakan hasrat untuk memimpin parti dan negara sebagai tawaran kepada rakyat khususnya warga Sungai Buloh, namun dengan syarat mereka perlu memberi undi kepada Khairy terlebih dahulu.
“Kalau orang di sini sokong saya, saya boleh maklumkan kepada parti. Saya datang ke kandang naga dengan 26,000 majoriti, saya menang kerusi untuk BN.
“Saya mahu mengetuai parti dan negara,” katanya.