“Saya Anak Jantan”, Azmin Pelawa Anwar Tanding Kerusi Gombak

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan kesediannya menerima pesaing baru di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15).

Sebagai anak jantan, beliau mempelawa bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Gombak.

“Ada orang (Anwar) minat nak datang Gombak, silakan. Gombak terbuka. Saya anak jantan, silakan,” katanya katanya ketika melancarkan persidangan Bahagian Bersatu dan pelancaran jentera Pilihan Raya Bersatu Selangor hari ini.

Pengerusi PN Selangor itu juga memberikan bayangan beliau akan mempertahankan kerusi itu pada PRU-15 kelak.

“Nak hantar isteri (Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) pun boleh, nak hantar anak (Nurul Izzah) pun boleh. Kalau berani hantar diri sendiri ke Gombak,” katanya lagi.

Baru-baru ini Anwar memberi bayangan dirinya tidak akan mempertahankan Parlimen Port Dickson dalam pilihan raya akan datang, sebaliknya ingin bertanding di kerusi ‘pengkhianat’.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,604FollowersFollow
20,300SubscribersSubscribe

Terkini