“Saya Akan Kekal Di Selangor Sehingga Ke Akhir Penggal Ini”

KUALA LUMPUR: “Saya akan kekal di Selangor sehingga ke akhir penggal ini demi menjamin kestabilan ekonomi dan kerajaan perpaduan negeri Selangor.”

Demikian tegas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai mengulas ura-ura berlakunya pertukaran pentadbiran kerajaan negeri sejak beberapa hari ini.

Malah menurut Amirudin, beliau telah dinasihatkan dan mendapat perkenaan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menyebut tentang perkara itu kepada umum.

“Sebagaimana nasihat Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah) kepada saya dan Tuanku perkenan untuk saya menyebut nasihat ini kepada semua,” ujarnya lagi.

Terdahulu spekulasi mula bertebaran membabitkan pertukaran kerajaan negeri Selangor apabila Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dikaitkan dengan jawatan tersebut.

Bukan itu sahaja, Tengku Zafrul yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO didakwa bakal menyertai PKR.

Bagaimanapun khabar angin berkenaan dinafikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan berkata parti tidak menerima sebarang pemakluman daripada Tengku Zafrul untuk melucut keahliannya demi menyertai parti lain.

Untuk rekod Amirudin mula dilantik sebagai Menteri Besar Selangor sejak Jun 2018 selain memegang jawatan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor dan Naib Presiden PKR.

BBerkaitan

Latest articles