Sarjan Ditemui Maut, Tembak Diri Sendiri

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut dipercayai menembak dirinya sendiri dalam kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, Negeri Sembilan petang semalam.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang bertugas di IPD berkenaan ditemui dengan berlumuran darah di dalam salah sebuah bilik Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) pada jam 6.40 petang.

Terlebih dahulu, mangsa dikatakan mengunci dari dalam bilik tersebut sebelum anggota polis lain bertindak mengetuk pintu beberapa kali.

Namun, mangsa enggan membuka pintu tersebut.

“Selang beberapa saat telah terdengar bunyi tembakan dilepaskan.

“Anggota JSJ telah memecahkan pintu bilik tersebut dan membuat pemeriksaan, mendapati mangsa telah terbaring dengan kesan berlumuran darah di rak fail, lantai serta siling. Terdapat sepucuk pistol rev.38 disisi mangsa,” katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, pemeriksaan awal mendapati mangsa telah menembak dirinya di bahagian dalam mulut menggunakan pistol jenis Reolver 38.

Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Polis meminta orang ramai tidak mengeluar apa-apa kenyataan yang boleh menggangu siasatan pihak polis dan sebagai menghormati keluarga simati.

BBerkaitan

Latest articles