Sarawak Terima RM280 Bilion Manfaat Industri Minyak dan Gas

KUALA LUMPUR, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan bahawa Sarawak telah menerima peruntukan bernilai RM280 bilion hasil daripada pembangunan industri minyak dan gas sejak tahun 1976. Perkara ini disampaikan dalam sesi penerangan mengenai aktiviti petroleum di Sarawak di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau, pelaburan huluan yang dilakukan sepanjang tempoh tersebut merangkumi kontrak bernilai lebih RM90 bilion dalam tempoh 10 tahun terakhir, dari 2014 hingga 2024. Selain itu, syarikat vendor berdaftar dari Sarawak turut memperoleh kontrak melebihi RM40 bilion dalam tempoh sama.

Perdana Menteri turut berkongsi bahawa hasil kewangan daripada industri petroleum telah memberi manfaat besar kepada Sarawak. Antara jumlah yang telah disalurkan termasuk Bayaran tunai RM49 bilion (sehingga Disember 2024), Bayaran Cukai Jualan**: RM18.66 bilion (sehingga suku ketiga 2024) serta Dividen  RM28.6 bilion menerusi pegangan saham ‘State Financial Secretary of Sarawak’ (SFS) dalam Syarikat Kumpulan MLNG sehingga Disember 2024.

SFS merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah ‘State Financial Secretary (Incorporation) Ordinance, 1948’.

Selain manfaat kewangan, Anwar  juga menekankan sumbangan besar yang telah diberikan oleh PETRONAS dalam pembangunan modal insan warga Sarawak. Dalam tempoh 10 tahun terakhir

Katanya Lebih RM600 juta telah dibelanjakan untuk program pendidikan dan pembangunan modal insan.

” Seramai **680,000 warga Sarawak telah menerima tajaan dalam bentuk biasiswa serta program latihan bagi tenaga pengajar dan Lebih 4,300 warga Sarawak telah mendapat peluang pekerjaan dalam PETRONAS.

Menurut Anwar lagi, beliau i turut mengakui peranan penting Sarawak dalam pembangunan ekonomi negara dan menyatakan bahawa pengiktirafan diberikan kepada PETROS sebagai pemacu pertumbuhan industri minyak dan gas negeri itu.

“Kita bersyukur kerana muafakat ini terus dikekalkan malah diperkuat demi kesejahteraan negara dan negeri Sarawak. Ini adalah hasil kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, termasuk PETRONAS, Jemaah Menteri, Premier Sarawak, serta Kerajaan Negeri Sarawak yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam usaha memperkukuhkan ekonomi negeri melalui sektor minyak dan gas katanya.

BBerkaitan

Latest articles