Sany Gesa Siasatan Program Berunsur LGBT, Mahu Jumpa Pemilik Chalet

HULU LANGAT: Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan bertegas tidak akan berkompromi terhadap sebarang usaha membawa masuk atau mempromosikan agenda yang disifatkan merosakkan akhlak dan menggugat keharmonian masyarakat, susulan dakwaan penganjuran program berunsur LGBT di kawasan itu.

Beliau memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan pemilik chalet yang terlibat, bersama kehadiran pihak berkuasa, bagi mendapatkan penjelasan serta menjalankan siasatan secara telus.

Mohd Sany turut mengesahkan beliau sudah membuat laporan polis serta mengemukakan aduan rasmi kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, kebimbangan masyarakat dipandang serius dan sebarang penganjuran, promosi atau usaha menormalisasikan amalan LGBT adalah bertentangan dengan ajaran Islam, norma masyarakat, budaya tempatan serta undang-undang negara.

Beliau menegaskan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat adalah mempertahankan akidah, moral dan keharmonian sosial, agar Hulu Langat terus berpegang pada nilai agama dan adab ketimuran, sambil menyeru orang ramai bertenang dan menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.

BBerkaitan

Latest articles