Sanusi Bersumpah Dedah ‘Kerja Jahat’ Jika Digari, Dipakai Baju Oren

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa ada pihak yang mahu melihat beliau dipakaikan gari dan baju lokap berwarna oren.

Sehubungan itu, Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) memberi ‘kata dua’ bahawa dirinya akan mendedahkan segala ‘kerja jahat’ pihak tertentu jika beliau dibuat sedemikian rupa.

“Saya sumpah akan ada kebangkitan lebih besar daripada ini di seluruh negara kerana saya akan bongkarkan semua kerja jahat ini jika mereka berani pakaikan baju oren.

“Buka mulut sahaja bohong, Pudin pula buka mulut fitnah. Tak ingat mati ke mereka ini. Buka muda lagi,” katanya dalam ucapan sempena majlis Pengumuman Calon Parti Perikatan Nasional Negeri Kedah malam tadi.

Dalam masa yang sama, Muhammad Sanusi turut mengkritik tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil kesemua 10 Exco kerajaan negeri.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai ‘pondan’, dan mendakwa ia belum pernah dilakukan sebelum ini.

“Termasuk yang terpaksa mengadap SPRM penasihat undang-undang negeri. Taraf dia seperti hakim. Semua isu perundangan dibawa kepada dia untuk diminta pandangan.

“Dek kerana terdesak tidak ada isu, tidak ada modal untuk menekan kita dicipta pelbagai tuduhan dan fitnah sehingga tiap-tiap Exco dan pengawai tinggi kerajaan terpaksa mengadap SPRM selama lapan jam.

“…pondan, ini semua pondan,” kata Muhammad Sanusi

Pada 20 Julai, SPRM mengesahkan sudah memanggil 12 saksi berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa dalam isu kecurian REE di Kedah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, semua saksi dipanggil itu sudah dirakam percakapan bagi membantu kertas siasatan.

BBerkaitan

Latest articles