“Sampai Kini Saya Tak Tahu Mengapa Dipanggil Pengkhianat”

KUALA LUMPUR: Salah seorang daripada sepuluh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dipanggil pengkhianat kerana didakwa menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15) lalu hairan mengapa digelar sedemikian rupa.

Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, sedangkan mereka telah akhirnya mengikut ketetapan parti dan menarik semula sokongan mereka.

“Hingga hari ini saya tak tahu apa sebabnya kita dituduh sebagai pengkhianat. Saya cukup yakin bahawa apa yang telah berlaku, tidak ada benda yang patut kita apologetik sehingga dituduh mengkhianati perjuangan parti.

“Kalau mereka nak ambil tindakan, ambillah tak ada benda yang saya perlu bimbang,” katanya ditemui media selepas ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

BBerkaitan

Latest articles