Sampai Bila Sabah Hendak Dipimpin Pemimpin Lemah Seperti Shafie?, Soal Anifah

 

Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman menyelar sikap berdiam diri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam isu yang menggugat kedaulatan Sabah, lebih-lebih lagi tuntutan beberapa pihak terhadap negeri itu.

Beliau juga mempersoalkan cita-cita Shafie yang masih mahu mentadbir Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang sedangkan rakyat melihat dirinya sebagai seorang yang lemah dalam mempertahankan hak negeri dan rakyat.

“Kamu tahu, kita ada banyak isu tetapi Shafie jenis pemimpin lebih suka serahkan isu-isu besar apatah lagi menyentuh kedaulatan negeri kepada pihak lain tetapi masih ada hati untuk terus memimpin dan kononnya mahu perjuangkan nasib rakyat di sini.

“Tindak tanduknya pula tidak mencerminkan kesungguhan beliau seperti di pentas-pentas politik. Takut sungguh untuk berhadapan dengan kuasa asing, lebih rela tunduk dan sekadar berharap kepada persekutuan untuk mempertahankan negeri ini? Adakah kita mahu Sabah dipimpin oleh pemimpin penakut? Biar yang lain cuba jajah kita.

“Apa yang Shafie takut sangat? Kedaulatan Sabah tidak boleh bergantung kepada pemimpin yang lemah dan tiada pengalaman seperti Shafie. Dalam dua tahun ini, apakah sebenarnya pencapaian ketua menteri ini sehingga isu ini sendiri sembunyikan diri?” demikian menurut Anifah sebagaimana memetik temubualnya bersama Malaysia Gazette.

Sikap Shafie itu, dilihatnya sebagai berbahaya kerana ia akan mewujudkan konflik antara Sabah, Malaysia dan pihak yang membuat tuntutan.

Tegas Anifah, pengalamannya sebagai menteri luar buat beberapa tahun membuktikan dirinya melakukan apa yang perlu untuk menepis tuntutan dan ancaman dari pihak asing.

“Jangan hanya mahu jadi ketua menteri, mahu teraju negeri Sabah tapi apabila ada krisis, anda hilang,” bidasnya.

Lebih lanjut, Anifah mengkritik kepimpinan Shafie bersama Warisan lebih-lebih lagi dalam menghadapi pandemik Covid-19, terutama dalam pemberian bantuan kepada rakyat dan pengurusan semula ekonomi negeri yang terjejas.

“Saya bagi contoh bantuan pandemik Covid-19 yang pastinya begitu merunsingkan, cukup perit sekali kehidupan, mantan kerajaan negeri kata hendak salurkan bantuan kemudian umum sudah diberikan.

“Cerita sebenarnya ramai juga tercicir atau mungkin juga sengaja dicicirkan. Jika tidak betul fakta ini, suruh mereka bercakap dan betulkan kenyataan saya. Dari kos bantuan makanan yang sepatutnya RRM100 itu juga telah dikurangkan dengan pelbagai alasan.

“Bagaimana pula dengan keadaan ekonomi sejak Shafie ambil alih? Menjunam teruk tapi beliau beri pelbagai jenis alasan termasuk Covid-19 serta kerajaan terdahulu. Tuding jari sampai bila?

“Bagaimana pula pembangunan di Sabah ketika Shafie? Bagaimana pula kadar pengangguran yang dikatakan teruk ketika ini berbanding tempoh 20 tahun sebelum ini, semua itu salah siapa? Adakah Shafie akan terus salahkan semua kecuali dirinya?

“Tahun pertama jadi ketua menteri, dakwa beliau dirinya asyik turun naik mahkamah. Tahun kedua pula Covid-19. Jadinya bila masa Shafie akan benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua Menteri? Jika beri peluang, apa lagi alasan akan di berikan olehnya,” tegas beliau.

Malah tindakan Shafie meminta pembubaran DUN Sabah pada penghujung Julai lalu juga membuktikan kelemahan dirinya yang enggan mengakui kesilapan dan lebih mengangkat kepentingan diri berbanding rakyat.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,792FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini