Sambut Raya Dengan Fesyen Mesra Covid-19

Sempena Syawal yang bakal kunjung tiba, seorang pereka fesyen mengambil inspirasi pakaian tradisional dengan disesuaikan dengan kaedah pencegahan Covid-19.

Kel Wen Tan, 24, memberitahu koleksi baju Melayu dilengkapi topeng muka yang sepadan bukan sahaja untuk faktor keselamatan tetapi bertujuan untuk membuat pernyataan fesyen.

Bukan sahaja mementingkan elemen semasa dalam rekaannya, Kel memberitahu dia tetap menitikberatkan teknik jahitan pada baju Melayu iaitu kekek, pesak dan cekak musang.

“Satu-satunya perbezaan pada rekaan ini adalah ia dihasilkan lebih besar daripada ukuran badan dan paling penting ia mudah digayakan dengan seluar pelbagai variasi,” katanya.

Kel turut mereka topeng kain yang dipadankan dengan rekaan baju ‘oversize’ dan padanan seluar dengan warna yang berbeza.

BBerkaitan

Latest articles