Saman RM12.2 Juta Dikemukakan Penganjur Good Vibes Festival Terhadap The 1975

KUALA LUMPUR: Aksi lucah dan ucapan mengkritik undang-undang LGBT di negara ini mengundang padah apabila kumpulan The 1975 dituntut membayar ganti rugi lebih RM12.2 juta kerana melanggar kontrak selepas kerajaan membatalkan festival tiga hari itu.

Festival pada 21 hingga 23 Julai itu dibatalkan selepas sehari berlangsung.

Ia selepas penyanyi utama The 1975, Matty Healy mengkritik undang-undang LGBT negara sebelum mencium anggota lelaki kumpulan itu.

Menurut laporan Malay Mail, peguam FSA David Mathew berkata wakil Healy mengemukakan jaminan bertulis sebelum persembahan bahawa penyanyi dan kumpulan itu “akan mematuhi semua garis panduan dan peraturan” yang ditetapkan untuk konsert di Litar Antarabangsa Sepang itu.

“Bagaimanapun, jaminan itu tidak diendahkan, dan tindakan kumpulan itu jelas bertentangan dengan kontrak bersama FSA, yang menyebabkan festival itu dibatalkan dan kerugian pada pihak FSA,” kata Mathew.

Dalam surat tuntutan, FSA menuntut The 1975 bertanggungjawab dan juga membayar £2,099,154.54 (kira-kira RM12,239,000) dalam tempoh tujuh hari.

Katanya, FSA juga akan mengemukakan saman sivil di United Kingdom sekiranya kumpulan itu gagal mematuhi tuntutan tersebut.

FSA dalam satu kenyataan berkata, tindakan kumpulan itu melanggar perjanjian mereka dengan FSA untuk persembahan di festival tersebut.

Katanya, selain berdepan kerugian yang besar, pembatalan Good Vibes Festival memberi impak negatif pada artis tempatan dan perniagaan yang bergantung pada kejayaan festival itu.

BBerkaitan

Latest articles