Saman Fitnah: Tun M Gagal Dapatkan Dokumen

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapatkan beberapa dokumen bagi kes saman fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini bekas Perdana Menteri itu memohon mendapatkan beberapa dokumen berkaitan dakwaan Konsortium Perkapalan Bhd (KPB) yang diselamatkan oleh Petronas dan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) pada 1997 serta pemberian kontrak kepada Opcom Cables Sdn Bhd oleh Telekom Malaysia Bhd pada 2003.

Begitu juga dengan dokumen laporan permintaan Perwaja Steel Bhd untuk mendapatkan dana kerajaan pada 1998, lesen fabrikasi oleh Petronas kepada Kencana Petroleum Bhd pada 2002 dan juga maklumat berkaitan yuran guaman yang dibayar kepada dua firma, iaitu Lewis & Co dan VK Lingam & Co.

Difahamkan, Pesuruhjaya Kehakiman, Zaharah Hussain menolak permohonan itu kerana peristiwa-peristiwa yang dipetik Anwar berlaku beberapa tahun lalu dan tidak direkodkan.

Mahathir menyaman Anwar yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden PKR selepas kenyataan kongres PKR yang menggelarnya rasis dan mengatakan beliau mengkayakan keluarganya ketika memegang jawatan.

Bekas Perdana menteri itu mendakwa, kenyataan yang dibuat Anwar atas kapasitinya sebagai pemimpin nombor satu negara dan impaknya sangat besar jika hendak dibandingkan kenyataan oleh rakyat biasa.

Pengurusan kes ditetapkan pada 3 November ini.

BBerkaitan

Latest articles