Home POLITIK Saman Enam Bekas Ahli Bersatu Terbatal

Saman Enam Bekas Ahli Bersatu Terbatal

Permohonan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga yang lain berjaya dalam membatalkan saman yang difailkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan ahli-ahli yang lain yang dipecat dari parti itu.

Seiring dengan keputusan itu, Dr Mahathir, yang juga bekas pengerusi Bersatu dan lima yang lagi tidak mempunyai locus standi untuk menuntut tindakan undang-undang terhadap defenden.

Hakim Mahkamah Tinggi, Rohani Ismail menjatuhkan keputusan itu berdasarkan peruntukan undang-undang dan kes di bawah Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 mahkamah mendapati Seksyen 18C terpakai dalam kes sekarang.

Seksyen 18C menyatakan bahawa sebarang keputusan parti politik adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah.

Mahkamah memerintahkan plaintif membayar kos RM30,000 kepada semua defendan.

Malah permohonan plaintif untuk mendapatkan perintah injuksi juga ditolak mahkamah.

Menjelaskan berhubung locus standi, Rohani berkata Bersatu pada 4 Jun lalu telah mengesahkan bahawa plaintif pertama, iaitu Dr Mahathir telah sah meletak jawatan sebagai pengerusi pada 24 Februari lalu berdasarkan Fasal 16.9 Perlembagaan PPBM.

“Fasal 10.02 Perlembagaan PPBM memperuntukkan kehilangan keahlian secara automatik oleh peristiwa tertentu yang telah ditentukan iaitu Fasal 10.2 menyatakan bahawa ‘keahlian seseorang ahli terhenti secara serta-merta apabila berlaku mana-mana 1 berikut’ iaitu termasuk Fasal 10.2.6 menyatakan bahawa “seseorang ahli yang membawa apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya ke mahkamah,” katanya.

Untuk rekod, pada penghujung Mei lalu, keahlian Dr Mahathir dan lima yang lain, iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik, Datuk Amiruddin Hamzah dan Marzuki Yahya dilucutkan selepas bertindak duduk di barisan pembangkang pada Sidang Dewan Rakyat.

Kesemua mereka memfailkan saman terhadap Muhyiddin; Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Setiausaha Kerja, Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Masyati Abang Ibrahim.

NO COMMENTS

Exit mobile version