KUALA LUMPUR: Susulan pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Majlis Syura Ulama PAS akan mengumumkan kata putus sama ada parti Itu akan terus bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) atau sebaliknya.
Itu adalah reaksi Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad selepas diajukan pemberita sama ada parti berkenaan masih mengharapkan UMNO-BN terus berbaik dengan Bersatu.
“PAS ada keputusan yang berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa pusat, Lajnah Politik dan Syura. Jadi, Majlis Syura yang akan buat keputusan mengenai kerjasama ini.
“Saya tak boleh beri pandangan. Tunggu pada hari kejadian,” katanya kepada pemberita selepas program Mini Karnival Keluarga Sejahtera DUN Trong di Dataran Pejabat Penghulu Trong, hari ini.
Baru-baru ini PAS menerusi Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan partinya masih mengharapkan kedua-dua pihak UMNO dan Bersatu mampu berbaik dan saling bekerjasama dalam menghadapi PRU15.