Salleh Said, Pandikar, Chong Disebut Bakal Sertai PRN Sabah

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangkan berlangsung pada akhir September kelak bakal menyaksikan nama-nama lama dalam politik negeri itu bakal bertanding semula bagi menewaskan Pakatan Warisan Plus yang dipimpin Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Bekas ketua menteri, Tan Sri Musa Aman sememangnya diketahui mendahului persaingan berkenaan, apatah lagi dengan berbekalkan sokong majoriti 32 wakil rakyat Sabah.

Beberapa nama disebut, antaranya bekas ketua menterinya, seperti Tan Sri Chong Kah Kiat, Datuk Seri Salleh Tun Said dan Datuk Seri Yong Teck Lee.

Begitu juga dengan bekas speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang dikatakan bakal membuat kemunculan semula pada PRN Sabak kali ini.

Bagaimanapun laporan media menyebut Pandikar menafikan khabar beliau bakal bertanding, termasuk memimpin parti USNO.

Bekas ketua menteri Sabah pada tahun 2001 hingga 2003, Tan Sri Ching Kah Kiat yang bersama Parti Demokratik Liberal (LDP) dikatakan bakal bertanding bagi kerusi Kota Kinabalu.

Malah LDP juga merancang untuk bertanding di antara 25 kerusi DUN Sabah.

Seorang lagi bekas ketua menteri, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang juga pernah memegang jawatan kabinet persekutuan juga dikatakan berhasrat untuk bertanding pada PRN kali ini.

Salleh kini masih tidak mempunyai mana-mana parti untuk dinaungi memandangkan permohonannya untuk menyertai Umno semula masih dipertimbangkan.

Saingan daripada bekas menteri luar, Datuk Seri Anifah Aman yang kini dilantik sebagai Presiden Parti Cinta Sabah juga tidak boleh dipandang enteng apabila parti itu bercadang untuk bertanding di kesemua kerusi DUN Sabah.

Parti lain yang kemungkinan tidak mahu ketinggalan dalam perebutan kerusi melalui pilihan raya ini ialah Parti Progresif Sabah yang dipimpin oleh Datuk Seri Yong Teck Lee, Parti Anak Negeri pimpinan Datuk Henrynus Amind dan juga Parti Gagasan Rakyat Sabah.

PRN Sabah bakal diadakan selepas cubaan Musa untuk menyingkirkan kerajaan negeri pimpinan Shafie gagal selepas ketua menteri itu mengumumkan pembubaran DUN Sabah yang turut mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini