Salahuddin stabil, masih di ICU kata Menteri Kesihatan

KUALA TERENGGANU: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub yang masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, berkata pihaknya sentiasa memantau perkembangan dan keadaan kesihatan Ahli Parlimen Pulai itu.

“Hari ini, Insya-Allah saya akan pergi melawat beliau dan keadaannya stabil tetapi agak kritikal dan kita doakan sama-sama Insya-Allah beliau sihat.

“Pembedahan yang dilakukan semalam Alhamdulillah berjaya dan kita sedang pantau situasi beliau di ICU.

“Dia masih di ICU (dan) dalam pemantauan rapi pasukan perubatan kita,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Madani Afiat & One Hour Malaysia Clean Up Peringkat Negeri Terengganu 2023 di

Perumahan Rakyat Padang Hiliran di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan, Salahuddin yang juga Timbalan Presiden AMANAH dimasukkan ke hospital lewat malam kelmarin selepas mengadu tidak sihat serta muntah-muntah.

Doktor pakar mengesahkan terdapat pendarahan di bahagian otaknya dan beliau selamat menjalani pembedahan semalam.

BBerkaitan

Latest articles