Salahuddin Ayub Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, Kedah, kira-kira jam 9.23 malam tadi.

Berita duka itu dikongsikan anak perempuan Allahyarham, Fatihah Salahuddin menerusi satu hantaran di laman Facebook, sebentar tadi.

“Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami, Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada pada 9.23 malam, 23 Julai 2023.”

Kenyataan media Pejabat Menteri KPDN memaklumkan jenazah Allahyarham sedang diuruskan untuk dibawa pulang ke kediaman ibu Allahyarham di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai, Johor.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Allahyarham Syakirin Husnal berkata, keluarga Salahuddin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak atas doa dan ingatan yang diberikan terhadap Allahyarham selama ini.

“Keluarga Allahyarham juga ingin berterima kasih kepada semua doktor dan petugas di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin,” katanya.

Malam Jumaat lalu, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai dikejarkan ke wad kecemasan HSB dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah, sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.

Beliau kemudiannya menjalani pembedahan segera dan berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan rapi HSB.

BBerkaitan

Latest articles