KUALA LUMPUR: Pengasas FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), Vivy Yusof dan suaminya, Fadzarudin Shah Anuar didakwa atas pertuduhan pilihan menyalahgunakan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta milik syarikat itu.
Vivy Yusof atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 37, dan Fadzarudin, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibaca bersama.
“Mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” kata pasangan terbabit.
Mereka didakwa dengan niat bersama secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik FashionValet, iaitu dana
pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara Bukit Damansara di sini pada 21 Ogos 2018.
Pasangan itu dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama,
memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebat dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.