Saksi Akui Berlaku Ketegangan Di Antara Ahli Lembaga Pengarah Syarikat

KUALA LUMPUR: Saksi Pendakwaan pertama (SP1) bagi kes dua pengasas bersama dan bekas pengarah Revenue Group Berhad yang berdepan dakwaan melupuskan harta tanpa resolusi Ahli Lembaga Pengarah lima tahun lalu mengaku ada berlaku pertelingkahan dalaman antara pengarah syarikat Datuk Eddie Ng Chee Siong dengan tertuduh, Ng Shih Fang.

SP1, Thien Lee Mee, 39, memaklumkan pertelingkahan itu berlaku berpunca daripada Shih Fang yang tidak bersetuju dengan cadangan penjualan saham atau bon kepada pelabur dan institusi terpilih, bukannya di bursa awam yang diusulkan oleh Eddie Ng dalam mesyuarat mesyuarat RGB International BHD yang diadakan pada 4 Januari 2023.

Saksi Pihak Pendakwaan Thien Lee Mee ketika hadir di dalam perbicaraan membabitkan bekas pengasas revenue group

Perkara itu dibangkitkan pasukan pembelaan dengan menyentuh perkara di dalam minit mesyuarat Januari 2023 dimana di dalam perkara 4.6 dan 4.7 tertuduh telah tidak bersetuju dengan cadangan agar syarikat menerbitkan Private Placement oleh pengarah syarikat, Eddie Ng.

Ketika sesi soal balas peguam pembelaan Tan Sri Dzulkifli Ahmad bertanya berdasarkan minit mesyuarat yang disediakan oleh SP1, bahawa tertuduh Shih Fang telah menyatakan alasan mengapa dia tidak bersetuju dengan cadangan Private Placement itu.

baca juga –  https://therakyatinsight.com/pihak-pembelaan-bantah-laporan-audit-kewangan-revenue-group-berhad-dikemukakan-kepada-mahkamah/#google_vignette

Lee Mee kemudiannya membaca alasan pada perkara 4.6 dan 4.7 dalam minit mesyuarat berkenaan bantahan Shih Fang yang menolak cadangan Eddie Ng hingga menimbulkan kemarahannya.

Dia menjelaskan Shih Fang berpendapat bahawa cadangan Private Placement itu akan memberi kesan kepada harga saham Syarikat melalui pencairan pegangan sahamnya kerana harga saham syarikat tidak berada pada tahap yang tinggi dan ia akan mengumpul dana yang lebih rendah.

Pasukan Pendakwaan Pihak pendakwaan diwakili, Low Chin Hoe, Siti Amirah Muhammad Ali dan Mohd Syahzada Azad Sanusi.

“Ng Shih Fang berpendapat bahawa dana tersebut tidak diperlukan pada masa ini. Beliau menyatakan bahawa hutang terutamanya berpunca daripada kos bangunan syarikat kerana ia tidak banyak menyumbang kepada pengebilan yang produktif kepada syarikat.

“Justeru, beliau menyuarakan bantahan terhadap pelaksanaan cadangan penempatan swasta tersebut,” jelasnya.

Bagaimanapun, Lee Mee yang juga setiausaha syarikat tidak mahu memberi komen punca pertelingkahan antara Eddie Ng dan Shih Fang.

“Saya tidak dapat komen berhubung sebab pertelingkahan itu kerana keadaan terlalu tegang ketika itu.

“Saya hanya catat apa yang diperkatakan dalam mensyuarat sahaja…,” katanya.

Dalam pada itum Dzulkifli turut menegur saksi supaya bersikap adil dan menjawab semua soalannya dengan jelas dan jujur dan turut mengingatkan bahawa beliau masih di dalam kenyataan bersumpah.

“Kenapa kamu begitu melindungi Eddie Ng,” soal Dzulkifli.

“Saya tidak melindungi dia…,” jawab Thien Lee.

“Saya perhatikan lenggok tubuh, cara kamu menjawab…maksud saya kamu kena adil, jawab soalan saya dengan jelas,” tambah Dzulkifli.

Sebelum itu, pihak pembelaan mendakwa perletakan jawatan mereka berdua telah dibuat atas tekanan daripada siasatan oleh agensi siasatan dan juga pertuduhan ke atas mereka dan saksi mengatakan tidak tahu

Pada awal perbicaraan Dzulkifli turut menempelak sikap pihak pendakwaan yang membantah dokumen yang diminta oleh pembelaan untuk dikemukakan selepas ia dipersetujui dan diarahkan oleh mahkamah.

Tertuduh yang juga dua beradik itu diwakili oleh peguam Amer Hamzah Arshad dan Dzulkifli Ahmad, yang juga bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How, Siti Amirah Muhammad Ali dan Mohd Syahzada Azad Sanusi menjalankan pendakwaan.

Mahkamah menetapkan perbicaraan seterusnya pada 18 Februari 2025.

BBerkaitan

Latest articles