Sajat Jangan Bikin Propaganda, Digesa Pulang Buktikan Bersalah Atau Tidak

KUALA LUMPUR: Muhammad Sajjat Kamaruzaman, 36, atau Nur Sajat belum lagi dibuktikan bersalah di mahkamah, maka beliau perlu pulang segera ke tanah air untuk membuktikan kebenaran di pihaknya.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd.Shahzihan Ahmad juga menggesa usahawan kosmetik itu untuk tampil berani bagi menghadapi pertuduhannya di Mahkamah Syariah tanpa ragu-ragu bagi memulakan perbicaraannya.

Ujar Mohd.Shahzihan, pertuduhan yang dihadapi Nur Sajat hanyalah melibatkan hal berkaitan undang-undang negara dan tidak perlu melarikan diri atau mendapatkan suaka di negara lain sehingga menjadi isu antarabangsa.

“Pulanglah saja ke Malaysia dan hadapi kes di mahkamah. Tiada siapa yang mengugutnya terutama kakitangan JAIS. Kita mempunyai ramai peguam yang baik di negara ini boleh  mewakili beliau di mahkamah,” katanya selepas melawat Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) di Dewan Syarahan Dan Muzakarah, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, hari ini.

Mohd. Shahzihan dalam masa yang sama mempersoalkan tindakan Nur Sajat yang dikatakan pergi ke Australia bagi mendapatkan perlindungan berikutan usahanya untuk membawa pulang juga ditentang oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa berkaitan hak asasi manusia.

“Kes belum dibicarakan, belum tentu dia bersalah atau tidak di mahkamah. Jangan jadikan kes tersebut sebagai propaganda. Hadapi perbicaraan bagi menentukan sama ada dia bersalah atau tidak itu sahaja,” ujarnya.

Awal minggu ini, Nur Sajat dilaporkan ditahan pihak berkuasa imigresen Thailand akibat kesalahan memiliki pasport tamat tempoh dan susulan ditahan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerjasama dari negara jiran untuk membawa pulang usahawan kontoversi itu.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,873FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini