Sajat Bakal Muncul Dalam Temubual The Ellen Show

 

KUALA LUMPUR: Meskipun dihimpit kontroversi dan diburu pihak berkuasa tempatan, usahawan kontroversi, Nur Sajat yang kini berada di Australia dilihat menjadi tumpuan pelbagai pihak atas alasan ‘kebebasan individu’.

Terkini, Sajat memaklumkan dirinya akan muncul dalam program terkemuka dunia, The Ellen Show yang dihoskan oleh pengasas program tersebut, Ellen DeGeneres pada Januari depan.

Perkembangan itu dikongsikan oleh Sajat menerusi satu video pendek di akaun TikTok dua hari lalu.

Sajat juga memberitahu dia akan ke Singapura pada Februari depan.

Ditanya sama ada rindu pada tanah air, Sajat mendakwa dirinya tidak mempunyai perancangan untuk pulang ke Malaysia kerana hidupnya di Australia lebih ‘selamat, gembira dan bebas’.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini