Saiful Bukhari Sertai BERSATU Selepas Dua Bulan Beristikharah

Saiful Bukhari Azlan, individu yang dikaitkan sebagai mangsa liwat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan menyertai BERSATU sebagai wadah politiknya.

Ujarnya keputusan itu dilakukannya selepas dua bulan beristikharah dan mengambil pandangan pelbagai pihak.

“Saya, dengan rasa rendah diri ingin mengumumkan bahawa saya memilih untuk menanggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai parti atau wadah politik pertama saya.

“Alhamdulillah, permohonan keahlian saya telah diluluskan 6 Januari 2021. Saya telah memilih untuk menjadi ahli di Bahagian Bentong, Pahang kerana kampung bapa saya di Janda Baik,” katanya dalam kenyataan di media sosialnya.

Saiful sebelum ini bertanding melawan Anwar dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson dan melakukan sumpah laknat ke atas Anwar dalam kes liwat.

Menurut beliau, penyertaannya dalam parti politik selaras dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan bagi setiap warganegara.

“Bak kata pepatah, ‘alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan’. Setelah 12 tahun berada dalam kancah politik negara dengan tidak berparti, pada hemat saya, sudah tiba masanya saya memilih satu wadah politik, menjadi ahli secara rasmi,” katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles