Saarani Selesai Angkat Sumpah Menteri Besar Perak

KUALA KANGSAR: Datuk Seri Saarani Mohamad selesai mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak, di Istana Iskandariah, di sini, pada Isnin.

Istiadat Angkat Sumpah dan Menerima Watikah Pelantikan itu berlangsung pada jam 5.30 petang di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Turut berangkat ialah Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah.

Dalam sidang media sebelum itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak itu memaklumkan BN bersetuju bekerjasama dengan PH untuk membentuk Kerajaan Negeri Perak.

Menurutnya, semua ADUN daripada BN menyokong kerjasama tersebut, membolehkan gabungan PH – BN membentuk kerajaan selepas memperoleh 33 kerusi (PH – 24 kerusi, BN – 9 kerusi).

BBerkaitan

Latest articles