RUU Perlembagaan (Pindaan) Dibentang Di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Rang Undang- Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No3) 2002 akan dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat.

Mengumumkan perkara ini, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas bagi menimbang RUU berkenaan, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, mesyuarat terakhir akan diadakan dalam masa terdekat untuk mengesahkan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas.

“Mesyuarat jawatankuasa bilangan enam 2022 sudah bersetuju dan memuktamadkan draf RUU Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti (Pindaan) (No. 3) 2022 untuk dibentangkan serta dibahaskan dalam Dewan Rakyat.

“Dalam hal ini, lima persoalan dasar dibangkitkan Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 1 Jun lalu dan sudah diulas serta dijawab oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, dalam mesyuarat semalam,” katanya.

Beliau berkata, maklum balas Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkaitan perkara itu akan dibawa semula sebagai suatu Nota Jemaah Menteri dalam mesyuarat Jemaah Menteri akan datang.

Katanya, Jawatankuasa Pilihan Khas ini secara sebulat suara bersetuju meminta dan mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk Mesyuarat Khas Parlimen diadakan pada minggu pertama Julai nanti.

“Secara umumnya, Jawatankuasa Pilihan Khas ini sudah berjaya melaksanakan terma rujukan sebagaimana usul yang diluluskan pada 11 April lalu.

“Pencapaian ini hasil komitmen bersama semua ahli jawatankuasa dengan sokongan padu Parlimen,” ujarnya.

Mengulas lanjut beliau berkata, Mesyuarat Kabinet sebelum ini membangkitkan dua perkara untuk diperinci dan diteliti semula dalam draf RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Tambahnya, selain isu berkenaan, Jemaah Menteri dalam mesyuarat sama turut tidak membantah draf dicadang Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi menimbang RUU berkenaan

BBerkaitan

Latest articles