RUU lompat parti tak lepas palang

PETALING JAYA – Rang Undang-undang (RUU) Anti-Lompat telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu, tetapi disebabkan isu-isu tertentu, ia masih gagal melepasi palang.

Memetik laporan portal Malayiagazette, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau telah mengemukan dokumen mengenai RUU itu, tetapi disebabkan satu dua isu , maka perkara berkenaan akan dibincangkan semula di jawatankuasa pilihan khas.

Katanya kepada Sinchew Daily, perbincangan peringkat jawatankuasa itu dijangka berlaku pada Julai.

Wan Junaidi sebelum ini dilaporkan berharap RUU itu dapat dibawa ke Parlimen untuk kelulusan pada Julai dan seterusnya diwartakan selewat-lewatnya pada Januari tahun depan.

Dalam perkembangan lain, Wan Junaidi berkata, Datuk Zuraida Kamaruddin tidak menghadiri mesyuarat Kabinet yang diadakan dan kedudukan beliau juga tidak dibincangkan.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabari Yaakob sendiri tidak membangkitkan isu perletakan jawatan Zuraida dan pengundurannya dari Bersatu.

Jelas Wan Junaidi, secara prinsipnya, Perdana Menteri boleh mengekalkan jawatan menteri Zuraida, tetapi pandangan Bersatu mungkin perlu diambil kira.

“Isu Zuraida bukan isu Kabinet tetapi urusan Perdana Menteri yang mempunyai kuasa menentukan hala tuju menteri dan timbalan menteri.

“Perdana Menteri boleh bangkitkan isu ini untuk dibincangkan dalam Kabinet, tetapi orang lain tidak boleh membangkitkannya secara sewenang-wenangnya,” katanya

BBerkaitan

Latest articles