RUU Anti Lompat Parti: PM puas hati lihat penyatuan semua ahli Parlimen

Kuala Lumpur – – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpuas hati melihat penyatuan ahli-ahli Parlimen dalam Sidang Khas yang diadakan di Parlimen hari ini.

Perdana Menteri berkata, pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti ini adalah satu manifestasi ke arah politik yang lebih sihat dan berpaksikan kepentingan rakyat.

“Blok kerajaan dan pembangkang senada dan harmoni untuk membentuk jawatankuasa pilihan khas parlimen bagi meneliti pindaan perlembagaan yang lebih khusus mengenai lompat parti serta mewujudkan Akta Anti Lompat Parti.

“Undi sebulat suara telah diperolehi dengan sokongan semua ahli parlimen tanpa mengira parti.

“Malaysia ke arah kestabilan politik yang lebih matang, kuat dan berkeyakinan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, seramai 65 Ahli Parlimen terlibat dalam membahaskan Pindaan RUU tersebut dalam Mesyuarat Khas hari ini.

BBerkaitan

Latest articles