More

    Rundingan gelap: Pertemuan ‘sendiri-sendiri’ tak dianggap keputusan rasmi Umno – Ismail Sabri

    KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebarang rundingan atas kapasiti individu-individu tertentu tidak boleh dianggap sebagai rundingan rasmi yang mewakili parti.

    katanya saya tidak tahu sama ada rundingan atau tidak rundingan tapi mungkin perbincangan dan sebagainya. Kita tidak boleh sekat sesiapa sahaja boleh berjumpa dengan rakan-rakan dalam kalangan PAS untuk berbincang.

    “Tapi, saya katakan rundingan hanya boleh menjadi sah dan (menjadi) dasar parti apabila diputuskan oleh parti. Parti mesti memutuskan siapa wakil parti yang sah untuk berunding dan itu daripada parti.

    “Kalau pergi sendiri-sendiri itu tidak boleh dianggap mewakili parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malaysia Halal International Showcase di Mitec.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan yang mendedahkan perbincangan itu berlaku.

    Takiyuddin bagaimanapun enggan mendedahkan siapa dan di peringkat mana dalam Umno perbincangan itu berlaku. Namun, katanya, pemimpin terlibat “mempunyai jawatan” dan berkeupayaan “mempengaruhi keputusan” pucuk pimpinan Umno.

    Menyusul selepas itu Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin mendedahkan perkara tersebut dengan menyentuh keperluan satu lawan satu antara PAS dan Pakatan Harapan (PH).

    Katanya, PAS mahu menyedarkan Umno bahawa musuh sebenar yang perlu dilihat pada PRU15 adalah PH dan bukannya Bersatu.

    Terdahulu, Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin menuntut penjelasan pucuk pimpinan tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi Awang dan Takiyuddin berhubung “rundingan gelap” dengan Umno dalam mesyuarat pimpinan tertinggi gabungan itu malam tadi.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini